Agar-agar Batik

Agar-agar Batik

Bahan:
1 paket agar agar
1200ml air
1 cawan susu pekat manis
gula merah masak bersama 2 cawan air campurkan gula putih secukup rasa
daun pandan

Cara:
Rebus agar agar hingga hancur bersama daun pandan.
Asingkan suku bahagian ke dalam periuk lain dan campurkan susu.
Biar mendidih sambil dikacau.Tutup api dan tuang dalam acuan 4 segi.Biar beku.
Lebihan agar-agar dicampurkan dengan air gula merah.
Hiris memanjang agar-agar susu tadi dan susun selang seli dalam bekas lain sehingga habis.
Tuang agar-agar gula merah perlahan lahan kedalam susunan agar-agar susu.
Biarkan beku sebelum dihidangkan.

Kek Oren

Kek Oren

Bahan-bahan:
1 buku mentega
2 cawan gula kastor
3 cawan tepung gandum
5 biji telur
½ cawan susu cair
1 camca teh vanilla esen
2 camca besar kulit oren (diparut)
3 camca besar jus oren
1 camca teh serbuk penaik.

Cara:

1.Campurkan gula dan mentega dan pukul hingga kembang dan putih. Jika adunan diangkat, ia tidak akan jatuh.
2.Masukkan telur dan esen vanilla ,pukul selama 4 minit atau hingga telur sebati dengan adunan.
3.Kemudian masukkan tepung gandum berserta serbuk penaik dan gaul sebati.
4.Setelah adunan sebati, masukkan jus oren, kulit oren dan susu cair. Gaul sebati.
5.Bakar adunan dalam suhu 180 selama 40 minit atau sehingga masak.

Cadangan Hiasan:
1.Adunan kek juga boleh dicampur dengan buah-buhan kering sebelum dibakar.

Tambahan:

1.Susu cair boleh digantikan dengan susu pekat .Campurkan 2 camca besar susu pekat dengan air hingga menjadi 1/2 cawan.
2.Mentega juga boleh diganti dengan 2 cawan marjerin.

Resepi Udang Goreng Tepung

Udang Goreng Tepung

Bahan-bahan:
500 gm udang
350 gm tepung gandum
3 sudu makan tepung jagung
2 biji putih telur – pukul hingga putih
1 cawan air
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng

Cara penyediaan:
1. Bersihkan udang, kopek kulit tapi tinggalkan bagahian ekor. Toskan.
2. Ayak tepung gandum bersama tepung jagung ke dalam mangkuk. Gaul rata.
3. Buat lubang di tengah-tengah mangkuk tepung, tuangkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau untuk diadikan adunan tepung yang pekat.
4. Masukkan garam diikuti putih telur. Kacau perlahan-lahan.
5. Panaskan minyak. Celup udang pada adunan tepung dan goreng hingga keemasan.
6. Angkat dan hidangkan bersama daun salad, hirisan tomato dan sos cili jika suka.

Kek Chocolate



Kek Chocolate

Bahan-bahan ( saiz 20 cm )
2 biji telur
1 cawan minyak masak
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang
Bahan A
1 sudu kecil vanila
1 1/2 cawan susu segar perisa coklat
1/2 cawan air campur dgn 2 sudu kecil nescafe
Bahan B
2 sudu kecil sodium bicarbonate
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
==============================
** Topping **
1/2 cawan koko van hauten
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak

Cara:
1.Pukul telur hingga kembang
2.Masukkan gula dan pukul lagi
3.Kemudian masukkan minyak masak
4.Ayak semua bahan B dan masukkan sedikit demi sedikit ke dalam telur tadi berselang seli dengan bahan A.Gaul sehingga sebati.
5.Bakar pada suhu 170 degree selama 1 jam atau sehingga masak
6.Untuk toppingnya.. masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk, dengan api kecik panaskan sampai nampak dah ok...taruk je atas kek yg dah sejuk

Almond London



Almond London

Bahan A

220 gram mentega
100 gram marjerin
1/8 sudu kecil esen vanilla
Secubit garam
120 gram gula aising

Bahan B (ayak)

350 gram tepung gandum
30 gram tepung ubi
50 gram tepung jagung
30 gram tepung kentang
3 sudu besar susu tepung
1/8 sudu kecil serbuk penaik
1/8 sudu kecil emplek

Bahan C

300 gram badam

Bahan hiasan

Mangkuk kertas
Coklat cip kuning
Coklat masakan

Penyediaan

Putarkan bahan A hingga sebati.
Ayak bahan B dan masukkan ke dalam adunan A.
Gaul hingga sebati.
Rehatkan doh selama 20 minit.
Bakar badam hingga masak.
Bulat-bulatkan doh dan masukkan badam di tengah-tengahnya.
Bentukkan memanjang.
Bakar hingga masak dan sejukkan.
Panaskan coklat masakan secara double boiler.
Celup biskut yang telah di masak ke dalam coklat dan letakkan ke dalam mangkuk kertas.
Tabur coklat cip kuning di atasnya.

My Friends,My Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.my-resepi.blogspot.com. Powered by Blogger.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons