Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Kek Carrot


Bahan-bahan:
6 biji telur ayam
2 cawan gula halus
1½ cawan carrot yang sudah diparut
1 sudu kecil baking powder
150 gm butter
3 cawan tepung gandum
1 sudu esen oren
Sedikit buah badam

Cara menyediakan:
1) Carrot di parut kasar badam di potong kecil. Pukul gula dan butter sampai putih.
  Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati.
2) Tepung diayak dengan baking powder dan digaul dengan carrot serta badam lepas itu masukkan ke dalam adunan telur tadi dan gaul hingga sebati.
3) Masukkan ke dalam acuan yang telah disapu dengan butter, lalu dibakar adunan tadi.

Tauhu Sumbat



Bahan-bahan
4 keping tahu putih
Taugeh
Timun
Carrot
Minyak

Sos Cili:
5 biji cili merah
5 biji cili kering [rebus]
1 ulas bawang putih
1 s/b gula
1 s/b cuka
1 cawan air
1 s/k tepung jagung [bancuhkan dengan sedikit air]
garam

Cara Memasak
1.Tahu dibasuh dan gorengkan sehingga amsak [golden crown]
2.Angkat tahu dan sejukkan
3.Tahu dipotong 2 dan belahkan dalamnya untuk memasukkan sayuran.
4.Parutkan carrot dan timun. gaulkan.
5.Masukkan sayuran dlam belahan tahu.
6.Hidangkan dengna sos cili atau sos kacang.

Sos Cili:
1.Mesinkan semua bahan kecuali tepung jagung sehingga halus.
2.Panskan bahan cili sehingga emndideh.
3.Masukkan bancuhan tepung jagung dan biarkan agak pekat sikit.
4.Tutup api dan biarkan sejuk

Kuih Badak Berendam


Bahan-Bahan:
1 bungkus tepung pulut
15 helai daun pandan, diambil airnya
2 biji kelapa, sebiji diparut dibuat inti dan sebiji lagi diambil santan pekat
2 cawan gula merah
Secukup air
Sedikit garam

Cara menyediakan:
1) Bancuh tepung pulut bersama air pandan hingga menjadi doh lembut. Ketepikan.
2) Kelapa parut dimasak bersama gula merah dan garam hingga menjadi inti.
3) Bentukkan doh lembut bulat-bulat dan isi inti di dalamnya.
4) Letakkan doh berinti di dalam bekas dan tuang santan pekat di sekelilingnya. Kemudian kukus hingga masak

Resepi Telur Bungkus






















Bahan-bahan:
2 biji telur + 1 sudu makan air
100gm udang - buang kulit
100gm isi ayam - dicincang kecil
2 ulas bawang putih (di hiris nipis)
1 ulas bawang merah (dihiris nipis)
50gm sayur campur (peas,jagung,lobak)
Garam dan lada sulah
1 sudu makan sos tiram
daun sup - hiris halus

Cara menyedikannya:
1.Panaskan minyak.Tumis bawang merah dan bawang putih.
2.Kemudian masukkan isi ayam.Selepas itu masuk udang.-gaul rata.
Masukkan mix veggie,sos tiram lada sulah dan garam secukup rasa.
3.Gaulkan sekejap,masukkan daun ketumbar.angkat.
4.Campur air kedalam telur kemudian pukul hingga kembang.-panaskan kuali.
Tuang sedikit minyak.Masuk telur dan golek2 macam buat kuih dadar.
5.Biarkan sekejap hingga bhg bwh telur nampak hangus sedikit.
Tutup api.Masukkan bahan yang di tumis tadi.
Kemudian boleh la melipat atau membungkus.
6.Pindahkan ke dalam pinggan

Ayam Goreng Berempah













Bahan-bahan:
7-8 ketul ayam (dibersihkan)
5 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
1 inci halia (ditumbuk kasar)
3 batang serai (ditumbuk kasar)
1 sb ketumbar (disangai dan ditumbuk kasar)
1 sdt jintan manis (disangai dan ditumbuk kasar)
1 sb serbuk kari ayam
1 biji telur
2 sudu besar tepung jagung
1 tangkai daun kari
garam secukupnya

Cara menyedikannya:
1.Perapkan ayam dgn semua bahan di atas selama 1 jam atau selama mana yg boleh.
2.Kemudian gorengkan dgn minyak yg banyak sehingga garing. Gunakan api perlahan shj.
3.Siap untuk dimakan.Sedap dihidangkan bersama nasi lemak kukus.

My Friends,My Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.my-resepi.blogspot.com. Powered by Blogger.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons