Sup Cendawan


(Resipi ini menggunakan ketuhar gelombang mikro)
Bahan-bahan:
250 gm cendawan tiram - dikisar
250 ml susu rendah lemak
100 gm tepung gandum - dicampur sedikit air menjadi pes
3 sudu besar minyak jagung
1 labu bawang besar - dikisar
1/2 sudu besar lada sulah
1/2 sudu teh garam

Cara Menyediakan:
1. Campurkan minyak, bawang dan cendaran di dalam kaserol, biarkan 1 1/2 minit (medium high).
2. Masukkan pes tepung, susu dan lada sulah, kacau hingga rata dan tidak berketul-ketul. Masak kembali dalam ketuhar gelombang mikro selama 5 minit (medium high).


Info Sihat-Istimewanya Epal Hijau

Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.

Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.


Epal hijau boleh membantu mencegah:

•Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
•Mengurangkan risiko penyakit jantung.
•Membantu kesihatan membran paru-paru.
•Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
•Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
•Membantu mengekalkan berat badan.
•Mengurangkan tekanan penyakit asma.
•Mengurangkan risiko barah.

Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

Span Cheese Cake



















Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung kek
1 cawan gula
1/2 cawan susu segar
3 keping cheese cheedar(kraf)
5 biji telur
1 sudu besar ovallate
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanilla
3/4 cawan minyak

Cara membuatnya:
Masakkan susu ngan cheese sampai larut ~api jgn besar sangat.
Dah larut cheese,ketepikan.
Pukul kesemua bahan untuk buat kek kecuali minyak.Pukul sampai betul2 gebu.
Masukkan susu dengan cheese tadi pukul lagi
Kemudian masukkan minyak
Pukul lagi 3minit
Panaskan oven 170c bakar selama 45minit atau sampai masak.

Untuk Ising
1 cawan krim well
1 cawan shortening
1 sudu kecil esen vanilla
3/4 tin susu pekat manis
sedikit filling blueberry dengan buahnyer~hias mengikut citarasa.
Selamat mencuba.

Muffin Pandan Choc Chips


















Bahan-bahan:
2 biji telur
3/4 cawan gula kastor
1 cawan minyak
1 cawan susu cair
1 3/4 cawan tepung
1/2 cawan oats
2 sudu kecil baking powder
1/2 cawan choc chips
sedikit almond flakes

Cara membuatnya:
1.Pukul telur dengan gula
2.Masukkan minyak dan susu
3.Masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder
4.Masukkan oats dan choc chips
5.Taburkan almond flakes
6.Bakar pada suhu 180 c selama 30 minit

*Resepi ini dikongsi dari Blog Puan Linda<<<klik sini
*Credit untuk beliau yg sudi berkongsi resepi ini.

My Friends,My Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
www.my-resepi.blogspot.com. Powered by Blogger.
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | JCpenney Printable Coupons